Thursday, 11 January 2018

Pengajian Malaysia : Mahkamah Syariah vs Mahkamah Sivil Berasaskan Perlembagaan Malaysia

                                       
                                              

Sesi Disember 2017
             Mahkamah Syariah vs Mahkamah Sivil          Berasaskan Perlembagaan Malaysia

Nama Ahli Kumpulan:-
  • NUR SAHIRA AIMAA BINTI KHAIRI (02DTM17F2111)
  • NORASYIKIN BINTI JUMAATUN (02DTM17F2009)
  • SITI NURAISHAH BINTI ADNI (02DTM17F2024)
  • NURUL HANISSIA BINTI ABDUL MALIK (02DTM17F2021)

NAMA PENSYARAH:-
PUAN RINA FAKHIZAN BT. MOHD SUKRI

JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN (DTM1C)

Image result for mahkamah civil dan mahkamah syariah surat khabar
Assalamualaikum, Alhamdulillah kita masih diberi nafas pada harini oleh Allah S.A.W untuk meneruskan kehidupan. Blog ini saya hasilkan adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menerangkan tentang MAHKAMAH SYARIAH VS MAHKAMAH SIVIL BERASASKAN PERUNTUKKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

1.0 PENGENALAN DAN SEJARAH RINGKAS KEHAKIMAN MALAYSIA
Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakn kuasa dalam pentadbiran negara. Kebanyakan negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dalam bentuk bertulis termasuk Malaysia, iaitu prinsip-prinsip perlembagaan yang dikumpul dan dikanunkan di dalam satu dokumen. Namun terdapat juga perlembagaan dalam bentuk
tidak bertulis,iaitu sejenis perlembagaan yang tidak dikanunkan di dalam satu dokumen. Di dalam bab ini dijelaskan tentang sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia, konsep keluhuran Perlembagaan,peruntukan utama dalam Perlembagaan, kontrak sosial dan sistem pemerintah negara.


Badan Kehakiman Malaysia merupakan satu di antara badan kerajaan iaitu Perundangan (Legislative), Eksekutif (Executive) dan Kehakiman(Judiciary) yang wujud secara berasingan. Fungsi utama badan kehakiman adalah untuk memastikan Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dan keadilan ditegakkan mengikut peruntukan undang-undang. Selain berperanan membicarakan segala masalah perundangan yang timbul di antara individu dengan individu dan individu dan negara, mahkamah juga berperanan untuk mentafsir undang-undang.


2.0 MAHKAMAH SYARIAH
Image result for gambar mahkamah sivil


Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi(dahulunya sebelum pemisahan antara dua agensi ini berlaku) telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil.

Mahkamah Syariah menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakatBaitulmal, dakwah, pendidikan,pengurusan masjid dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia. Pada masa kini semua Mahkamah Syariah telah terpisah pentadbiranya dengan Jabatan Agama Islam.Mahkamah Syariah telah ditukar identitinya menjadi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri. Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi(pembuat dasar) dan diikuti Majlis Agama & Istiadat,Jabatan Mufti,Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Agama Islam.

2.01 MAHKAMAH SYARIAH TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN:



1. PERKARA-PERKARA MAL (SIVIL) MAHKAMAH SYARIAH 

a) Pertunangan, nikah cerai, membatalkan nikah atau perceraian atau pembubaran nikah kehakiman.
b) Tuntutan ke atas hartabenda atau pemberian harta benda yang berbangkit daripada perkara (a) di atas.
c) Nafkah orang-orang di bawah tanggungan, anak yang sah, penjagaan atau pemeliharaan anak-anak.
d) Pemberian inter-vivos, harta sepencarian, wakaf atau nazar
e) Perkara lain yang diberi kuasa tadbir kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berkanun.


2. PERKARA-PERKARA JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH 



a) Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiaya isteri dan tidak taat kepada suami.
b) Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan hubungan tidah sah di sisi syarak seperti persetubuhan haram, sumbang mahram pelacuran dan khalwat
c) Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan aspek ibadah dan iman seperti tidak sembahyang Jumaat, tidak berpuasa dan tidak membayar zakat dan fitrah
d) Kesalahan-kesalahan menjual dan membeli minuman keras
e) Kesalahan berhubung dengan pertukaran agama iaitu tidak melaporkan, mendaftar masuk atau keluar dari agama Islam dan kesalahan berkaitan pengambilan anak angkat.
f) Lain-lain jenis kesalahan selain daripada kategori di atas.


2.02 KEDUDUKAN MAHKAMAH SYARIAH

1 Mahkamah Syariah negeri ditubuhkan mengikut Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam negeri
2 Mahkamah Syariah hanya membicarakan kes sivil dan kes jenayah bagi orang-orang Islam.



2.03 KAKITANGAN MAHKAMAH SYARIAH

  • Mahkamah Rayuan Syariah 
>Ketua Hakim Syariah
- rayuan didengar bersama-sama suatu panel
- anggota panel terdiri daripada hakim mahkamah awam dan hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri-negeri yang lain.

  • Mahkamah Tinggi Syariah 
>Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
>Pegawai Pemeriksa Hal-ehwal Agama
>Pendakwa Agama

  • Mahkamah Rendah Syariah 
> Hakim Mahkamah Rendah Syariah
> Pegawai Pemerksa Hal-ehwal Agama
> Pendakwa Agama


2.04 BIDANG KUASA HUKUMAN MAHKAMAH SYARIAH
1. Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengenakan hukuman yang berikut:

(a) Kes Jenayah
i penjara tidak melebihi tiga tahun
ii denda tidak melebihi RM5 000
iii merotan tidak melebihi enam sebatan
iv kombinasi mana-mana hukuman di atas

(b) Kes Sivil
pertikaian melebihi RM50 000


2. Mahkamah Rendah Syariah boleh mengenakan hukuman yang berikut:

(a) Kes Jenayah
i penjara tidak melebihi enam bulan
ii denda tidak melebihi RM1 000

(b) Kes Sivil
perikaian tidak melebhi RM50 000



3.0 MAHKAMAH SIVIL

Image result for gambar mahkamah sivil

Mahkamah sivil merujuk kepada mahkamah terbuka dan perbicaraan kes-kes mahkamah boleh diikuti oleh orang ramai selain plaintif dan defendan.
Mahkamah tinggi mempunyai dua lapisan iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan (Mahkamah Rendah)

Mahkamah Atasan ialah :

1. Mahkamah Persekutuan
2. Mahkamah Rayuan
3. Mahkamah Tinggi

Mahkamah Bawahan/Rendah terdiri daripada :

1. Mahkamah Seksyen
2. Mahkamah Majistret kelas I dan kelas II
3. Mahkamah Khas/kanak kanak

3.01 BAHAGIAN-BAHAGIAN DI BAWAH MAHKAMAH SIVIL:

Mahkamah Atasan

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan boleh membicarakan se.mua rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan jika Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Mahkamah ini juga membicarakan rayuan-rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan yang berkait dengan kes yang dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa aslinya, iaitu kes-kes yang bukan dirayu berdasarkan keputusan Mahkamah-mahkamah Bawahan.

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan umumnya membicarakan semua kes rayuan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, kecuali perintah atau keputusan mahkamah yang dibuat melalui persetujuan. Untuk kes-kes yang melibatkan:
  • tuntutan melebihi RM10000
  • keputusan mahkamah atau perintah yang berkait dengan kos sahaja;
  • rayuan yang berkenaan dengan keputusan hakim dalam kamar bicara terhadap saman interplider tentang fakta-fakta yang tidak dipertikaikan;
kebenaran Mahkamah Rayuan harus diperoleh lebih dahulu.
Mahkamah Rayuan juga membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotorpenderitaan, dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait dengan:
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.
Kes-kes dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988), para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.

Mahkamah Bawahan

Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kedua-dua kes jenayah dan sivil.

Mahkamah Sesyen

Agak serupa dengan Mahkamah Sesyen Suku di England, Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).
Mahkamah Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang melibatkan kemalangankenderaan bermotorpenderitaan, dan kes-kes antara tuan rumah dan penyewa yang mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.

Mahkamah Majistret

Para majistret terbahagi kepada Majistret Kelas Pertama dan Kelas Kedua, dengan Majistret Kelas Pertama mempunyai kelayakan yang sah serta kuasa yang lebih besar. Majistret Kelas Kedua kini biasanya tidak dilantik.
Mahkamah Majistret membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM25,000. Mahkamah Majistret Kelas Pertama umumnya mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kesalahan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun atau yang melibatkan hukuman denda sahaja, tetapi boleh mengenakan hukuman yang tidak melebihi lima tahun pemenjaraan, denda sehingga RM10,000 dan/atau hukuman merotan sebanyak 12 kali.
Mahkamah Majistret juga membicarakan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Penghulu.

4.0 Perbezaan hukuman sebatan antara pesalah jenayah di mahkamah sivil dan pesalah jenayah syariah di mahkamah syariah
1. Saiz Rotan
Bagi pesalah jenayah panjang rotan tidak dinyatakan tetapi bergaris pusat 1.25 sentimeter. Sementara pesalah jenayah syariah pula ialah panjang 1.22 meter dan bergaris pusat 1.25 sentimeter.
2. Pemeriksaan Kesihatan
Bagi pesalah jenayah, pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh mana-mana pegawai perubatan, manakala jenayah syariah oleh pegawai perubatan beragama Islam.
3. Pelaksanaan Hukuman
Bagi pesalah jenayah, sebat dilaksanakan oleh mana-mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara, manakala jenayah syariah hanya dilakukan oleh Pegawai Sebat Rotan beragama Islam.
4. Bahagian Anggota yang Disebat
Bagi pesalah jenayah, pukulan sebat hendaklah di bahagian punggung dan ia berbeza dengan jenayah syariah yang meletakkan beberapa pengecualian.
5. Cara Sebatan
Bagi jenayah syariah, tukang sebat tidak boleh mengangkat rotan sehingga ke paras kepala dan pukulan secara sederhana agar tidak melukakan kulit.
6. Kedudukan dan pakaian semasa disebat
Bagi pesalah jenayah, mereka tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian sulit sahaja dan diikat di tripod manakala pesalah syariah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan duduk dan memakai pakaian menutup aurat.
7. Baki hukuman sebat yang dihentikan
Bagi pesalah jenayah, jika sebahagian atau keseluruhan hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab kesihatan, maka ia akan dirujuk kepada mahkamah manakala jenayah syariah ia boleh ditangguhkan sehingga pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.
8. Orang yang boleh disebat
Bagi pesalah jenayah, perempuan tidak boleh disebat tetapi pesalah jenayah syariah, perempuan tidak dikecualikan.
9. Saksi-saksi
Bagi pesalah jenayah, tiada saksi diperlukan semasa hukuman dilaksanakan tetapi pesalah syariah mesti bersaksikan sekurang-kurangnya empat lelaki Islam.
Maka, hukuman sebat adalah sebagai satu bentuk hukuman dalam Islam yang bertujuan menjaga kebaikan dan kepentingan umum. Islam sentiasa memandang dan mementingkan kebaikan orang ramai lebih utama daripada individu kerana ia boleh menghindari kerosakan, keruntuhan moral dan memberi rasa keinsafan kepada pesalah.
Pelaksanaannya bukanlah bertujuan menzalimi pesalah sebaliknya memberi rasa keinsafan dan pengajaran.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya,kita dapat mempelajari dan mengetahui sistem pentadbiran dan sistem mahkamah di malaysia. Kita juga dapat mengetahui jenis-jenis serta fungsi badan kehakiman atau mahkamah.Jenis-jenis kesalahan yang akan dihadapkan di mahkamah pun kita dapat ketahui.Sistem kehakiman ataupun sistem mahkamah adalah berfungsi bagi membicarakan kes-kes jenayah yang dilakukan di Malaysia .

6.O RUJUKAN

https://mischievouszee.wordpress.com/

https://sahabatsyarie.wordpress.com

inspirasihana.blogspot.com/

https://www.google.com

nakjadiptd.blogspot.com/.

BUKU RUJUKAN:- 

Majalah Ahkam Johor - ABD JALIL BORHAN - TAHUN 2002



7.0 LAMPIRAN


Image result for gambar LAMPIRAN mahkamah TINGGIImage result for mahkamah civil dan mahkamah syariah surat khabar            
 Image result for gambar LAMPIRAN mahkamah TINGGIImage result for gambar LAMPIRAN mahkamah TINGGI

SEKIAN DARI KAMI, TERIMA KASIH 
ASSALAMUALAIKUM